|
|
| Friday, 13-Apr-2012 16:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Change!
|
|
Bismillahirrahmanirrahim,
It's time for a change.
Got sick of the advert on the sidebars.
So here's the new one:
Jeng jeng jeng!!
http://anatiasyran.wordpress.com/
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 28-Apr-2009 05:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
keras
|
|
satu perkara yang menarik yang saya (curi dari sambalterung) ingin kongsikan
pernah tak rasa nak menangis tapi tak nak keluar air mata?
Pernah tak rasa kering time baca ayat² Allah ?
Pernah tak rasa tak segan langsung dengan orang yang bukan mahram?
Pernah tak merasa diri lebih hebat dari orang lain ?
sebabnya....
Sebab hati keras sangat akibat banyak buat dosa..
Sebab tak betul² menghayati dan selalu ada perasaan ‘oh ayat ni dah tadabur dulu..’
Sebab perasaan malu dan taqwa tu dah makin kurang dalam diri..
Sebab lupa yg setiap kebaikan hanya dari Allah.. lupa utk mengembalikan seluruh pujian kepada yang lebih berhak!
astaghfirullahalazim..
saya tak mahu hati saya jadi keras...susah untuk terima ayat2 Allah nanti
sama2 kita perbaiki diri..Insyaallah
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 12-Apr-2009 13:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
hujan oh hujan
|
|
Dengar bunyi rintik hujan itu. Sang Pencipta tak perlu datang sendiri untuk menghubungi kita. Hujan itu telah datang dan memberitakan kita tentang keagungan dan kebesaranNya...
klik untuk tonton filem ini
Sungguh kuat semangat mereka mendambakan syahid..Sungguh teguh hati mereka membesarkan Allah melawan sang penjajah. Adakah saya sendiri begitu? Sedangkan dugaan sekecil butir pasir saya hadapi dengan air mata sebaldi. Masih banyak yang perlu saya ketahui. Masih banyak yang perlu saya pelajari.
p/s: hujan rintik² tak berhenti sejak kelmarin di bumi Angoulême. Hati saya seredup langit hari ini. Allah itu memang mengetahui. Tuhan itu memang memahami...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 11-Apr-2009 21:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
glad to see the three of u smiling
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 11-Apr-2009 08:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tidur oh tidur Part II
|
|
15 Rabiulakhir 1430H
Insyaallah saya akan sambung entry sebelum ini berkenaan tidur.
Rasulullah menyarankan dalam hadisnya:
"Daripada Aisyah r.a. katanya : Nabi s.a.w. bersembahyang pada sebahagian waktu malam sebanyak sebelas rakaat. Kemudian apabila fajar menyingsing, baginda bersembahyang dua rakaat yang ringan sekali, kemudian baginda berbaring atas bahagian tubuhnya yang sebelah kanan, sehingga muazzin datang lalu memberitahukannya - tentang sudah berkumpulnya orang ramai yang hendak bersembahyang Subuh secara berjemaah"
Firman Allah dalam al-Quran bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir, sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah."
(Az-Zariat : 15-18 )
Rasulullah s.a.w. memberikan contoh yang baik untuk tidur, lengkap dengan doa-doanya. Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri dalam Minhaj al-Islam telah menghimpunkan adab-adab tidur dalam Islam seperti berikut :
1. Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti bermuzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w. membenci untuk tidur sebelum solat Isyak.
2. Berwuduk sebelum tidur. Sabda nabi s.a.w. jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.
3. Mulakan tidur atau berbaring atas rusuk kanan sebagaimana sabda nabi s.a.w. kepada al-Barra’ Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.
4. Jangan tidur dengan cara meniarap yang menekan perut kerana sabda nabi s.a.w. Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.
5. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w. seperti membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali atau membaca surah al-Fatihah dan awal surah al-Baqarah sampai al-muflihun, ayat Kursi dan akhir surah al-Baqarah
Apa yang saya sampaikan di sini tak lain tak bukan sebagai peringatan untuk diri sendiri. Jika ada yang membaca dan mendapat manfaat Alhamdulillah.
Saya sendiri mengalami masalah dengan masalah tidur berlebihan walaupun di siang harinya saya hanya pergi ke kelas. Nak katakan saya berkelas dari pagi tak henti sampai ke petang tak juga. Tapi penatnya terlebih pula.
Insyaallah sama-sama kita perbaiki diri kita. Memang senang kalau bercakap (atau menaip). Tak tentu lagi boleh lakukan? kan?
Perubahan itu memang bukan mudah. Tapi kalau tak nak berubah, tak kemanalah kita kan?
sumber : klik sini
|
|
|
|
|
|
| Friday, 10-Apr-2009 20:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
14 Rabiulakhir 1430H
Cik Pipah oo Cik Pipah!!!
so u are year older now isnt it? ipeyn dah tua! ipeyn dah tua! ipeyn dah tua! ipeyn dah! tua! (gaya nabil)
im sorry i cant be there with u during ur big day.. kekangan wang menyebabkan saya serba salah dengan diri sendiri untuk ke sana. but dont worry dear. my prayer will always be with u. i've said these to you but i want to say it again. thanks for being there through thick and thin. no matter what i love u to bits.
JOYEUX ANNIVERSAIRE AFIFA ARIFFIN!!!!!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 10-Apr-2009 07:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tidur oh tidur Part I
|
|
14 Rabiulakhir 1430H
8 jam sehari? 3 jam sudah cukup? 10 jam paling bagus?tak perlu tidur satu malam jika esok ada exam?
doktor² menyarankan tidur 8 jam sehari. tapi sebenarnya waktu tidur bergantung kepada aktiviti seharian dan umur kita dan mungkin ada faktor² lain. seorang bayi perlukan tidur yg lebih banyak dari orang dewasa. seorang yang bekerja menggunakan fikiran tentu perlukan lebih banyak tidur berbanding orang yang bekerja dengan fizikalnya. orang sakit pula perlukan lebih banyak tidur berbanding orang sihat.
mengikut fitrah kejadian manusia, waktu malam adalah waktu paling sesuai untuk tidur berdasarkan surah An-Naba' (ayat 9-11)
"Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat. Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi). Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki."
Jika kita melawan fitrah ini, sudah tentunya menimbulkan masalah besar dan mengganggu kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, jika kita tidak tidur malam kerana menyiapkan assignment yang bertimbun² belum tentu kita akan bangun hari berikutnya untuk ke kelas dan menghadiri kuliah. Ataupun kiranya kita terlampau banyak tidur sehingga matahari meninggi pun kita masih berselubung dengan selimut. solat Subuh pun tertinggal semata² kerana perasaan malas untuk bangun.
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah berkata bahawa tidur yang banyak mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kelalaian dan malas. Beliau menyatakan hukum banyak tidur adalah sangat makruh di sisi Allah.
Tidur sampai tengahari buta setelah stay up menonton movie pada malamnya memanglah seronok. Buka² mata dah terang. Lagi seronok jika makanan tengahari dah tersedia di dapur. Tambah² lagi waktu cuti sekolah. Kalau dulu di rumah, pantang outing bermalam saya pasti meng'qada' waktu tidur saya yang kononnya tak cukup ketika di asrama. Ayahanda sekadar mampu menggeleng² kepala risaukan anak dara yang tak reti² nak bangun walaupun setelah berkali² dikejutkan.
ok saya sambung kembali...
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah lagi dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.
Rasulullah juga ada menyarankan cara tidur yang betul. Saya akan sambung dalam Part II. Jadi anda (dan juga saya) tergolong dalam kumpulan yang mana? Tidur yang sunat dan menjadi satu ibadah atau tidur yang makruh yang melemahkan minda?
paris 10 avril 2008 (gambar ni dah umur setahun )
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Apr-2009 14:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
kebosanan yang mebosankan
|
|
9 Rabiulakhir 1430
Untung kak zati datang Jumaat malam. Bertambah sedikit keceriaan yang semakin hilang dan diganti dengan kebosanan yang membuak-buak. Bukannya tengah bercuti, bukannya tiada homework, bukannya tiada bahan untuk dibaca. Kadang kala saya bosan dengan perkara yang sama. Saya tahu jalan ini penuh cabaran dan saya tak punya masa untuk berehat. Tapi itulah, di mana silapnya saya? Ya Allah teguhkan hati ini..
Semalam housemate buatkan smoothie. Sedap seperti beli di kedai. Haha (bodek supaya lain kali boleh dapat smoothie lagi) Semalam siapkan homework En Assaoui yang hanya 3 soalan tapi mengambil masa sehari suntuk kerana dibuat sambil melayari Internet. Semalam kami berkumpul dan seronok kerana dapat bertemu lutut ke lutut. Tapi sayang yang dirindui sentiasa di Tours. Minggu depan exam berjam² (gambatte!). Sepatutnya kami yang ke sana malangnya saya tengah sengkek. Masih 3 angka dalam akaun (3 angka yg rendah²). Scholar belum sampai waktunya. Masih ada 21 hari untuk survive. Mampukah bertahan. Paling teruk pun sebat duit Cik Farah haha. Ada sesiapa perlukan perkhidmatan membersihkan rumah atau menjaga anak? 10€ sehari
Esok exam Informatique bakal menjelma. Algorithme dan Visual Basic. Kelas Informatique adalah kelas kedua mengantuk walaupun tidak bosan selepas subjek Elektrik&Elektronik.Aisshhhh apa nak jadi? "Saya di sini atas duit kerajaan"---slogan En Bucks haha ataupun "Selagi kau belum mati, kau masih belum boleh putus asa"---ayat kegemaran En Hapis sejak akhir² ini.
Bosan membaca, saya bermain keyboard. Sakit jari dan tangan, saya sambung bermain Internet. Membaca blog dan sekarang menulis blog pula. Eh sebenarnya apa tujuan menulis entry kali ni?
Cuma ingin mendoakan seorang ibu. Dia bukan ibu saya tapi saya yakin dia punya hati yang lembut seperti mana ibu saya. Dia juga inginkan anak-anaknya berjaya bukan sahaja untuk bangsa tapi yang penting untuk agama. Insyaallah saya akan sama² doakan kelembutan hati anaknya dan ketabahan hati ibu ini. Anakmu cuma terkeluar sedikit dari landasan. Yakinlah dia akan kembali ke jalan itu. Dia masih belum kehilangan jejak jalan itu. Jangan putus harapan dan doa. Jangan terlampau risau dan yang paling penting jangan berhenti menasihati. Mungkin suatu hari dia akan sedar keikhlasan hatimu kerana dia semestinya sentiasa menyayangimu. Cuma kadangkala darah mudanya menyirap. Egonya meninggi. Saya pun begitu. Selalu terlalai dan rasa diri ini sudah cukup dewasa. Cukup kekuatan untuk buat segala keputusan sendiri dan cenderung untuk tidak menerima nasihat bonda dan ayahanda. Tapi bila sudah tersedar, saya cepat² kembali ke dunia nyata dan berdoa supaya tidak lagi hanyut dalam dunia keseronokan remaja ciptaan sendiri. Mungkin kerana saya seorang perempuan hati saya lebih lembut untuk menerima. Hati yang lain siapa yang tahu. Kerja Tuhan juga siapa yang tahu. Kita hanya mampu berdoa dan menasihati. Insyaallah Allah itu Maha Pemurah Maha Penyayang. Dia takkan menganiaya hambanya.
Saya pohon pada Allah keteguhan hati ibu ini, buat bonda saya yang saya tahu sentiasa merindui. Jangan risaukan anakanda. Doakan Allah sentiasa melindungi anakanda. Juga buat diri saya yang bakal jadi ibu suatu hari nanti. Insyaallah
p/s : Tiba² jiwang. Sayu sebenarnya mengenangkan masa depan yang tak pasti...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 26-Mar-2009 07:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
risau lagi
|
|
alhamdulillah saya telah selesai memilih..borang pun sudah dihantar..
risau dan risau itu masih ada.
tapi perlu ingat bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan Allah itu Maha Adil
dan saya beriman dengan semua sifat² Allah termasuk yang ini. Ertinya saya percaya bahawa HANYA Allah SAHAJA yang Maha Mengetahui dan Maha Adil. Tiada yang lain yang lebih adil dan mengetahui melainkan Dia.
Moga pilihan saya ini pilihan yang tepat dan tolong mudahkan Ya Allah...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 21-Mar-2009 15:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
risau dan keliru
|
|
saya pening kepala
saya keliru
saya tak tahu apa pilihan kedua dan ketiga
ada lagi 7 hari untuk berfikir
dan 7 hari adalah sangat suntuk
saya risau
|
|
|
|